Alhamdulillah, setelah menunggu hampir seminggu, stok leca yang diorder dari sungai buluh selangor sudahpun sampai. Maka projek ternak talapia hitam di kolam 7 dan kolam 8 boleh bermula. Disamping itu, bekas tanaman sudahpun diisi leca untuk penanaman rock melon dan tembikai....
Blog ini memaparkan perkembangan terkini projek akuaponik yang saya jalankan di sekitar kawasan rumah di Jitra, Kedah, Malaysia. Projek akuaponik ini bukanlah satu projek komersil tetapi lebih kepada satu HOBI, iaitu hobi menternak ikan dan menanam sayur secara serentak. Akuaponik merupakan satu sistem sirkulasi air antara aquakultur (penternakan ikan) dengan hidroponik (tanaman sayur tanpa tanah). Air dalam kolam akan dipam ke takungan tanaman dan air tersebut dialirkan semula ke kolam ikan.
Total Pageviews
Monday, 27 June 2016
Saturday, 25 June 2016
projek akuaponik chemat1000 -- update 25/6/2016
As salam dan salam sejahtera..
Setelah berbulan-bulan sepi tanpa berita, kali ini saya paparkan 8 kolam setup akuaponik beserta progress terkini projek akuaponik chemat1000. Sekarang semua kolam akuaponik chemat1000 sudah berfungsi dengan sendirinya... tak payah duk siram hari hari, tak payah duk kalut bubuh baja, tak payah duk sembur racun, sekadar bagi makan ikan keli dan ikan talapia, cukup tempoh kutip hasilnya.... kangkung, bendi, terong, tomato, timun, peria, cili, sawi, daun pudina, tembikai, rock melon, kacang panjang, ikan keli, ikan talapia..

Kolam terawal yang dibina - ikan talapia, petola, timun |
Kolam kedua - ikan keli, kangkung, petola |
kolam 3 - ikan keli, peria, petola, kangkung |
kolam 4 - talapia merah, bendi, terong |
Ikan lampam, tomato |
kolam terbaru, talapia hitam, tembikai, rock melon |
tomato |
Subscribe to:
Posts (Atom)