As salam dan salam sejahtera.
Saya kongsikan gambar-gambar terbaik yang sempat saya ambil disepanjang menjalankan projek akuaponik chemat1000. Entri terbaru saya dan terkini boleh diikuti di laman sosial facebook saya: Che Mat Seribu
Blog ini memaparkan perkembangan terkini projek akuaponik yang saya jalankan di sekitar kawasan rumah di Jitra, Kedah, Malaysia. Projek akuaponik ini bukanlah satu projek komersil tetapi lebih kepada satu HOBI, iaitu hobi menternak ikan dan menanam sayur secara serentak. Akuaponik merupakan satu sistem sirkulasi air antara aquakultur (penternakan ikan) dengan hidroponik (tanaman sayur tanpa tanah). Air dalam kolam akan dipam ke takungan tanaman dan air tersebut dialirkan semula ke kolam ikan.