Total Pageviews

Friday 8 April 2016

update 9 April 2016

As salam dan salam sejahtera,

Di entry kali ini, saya kongsikan perkembangan projek akuaponik saya. Memandangkan hari ini cuti hujung minggu di Kedah (Jumaat dan Sabtu), saya mengambil peluang ini untuk menghabiskan masa dengan memeriksa perkembangan projek akuaponik saya... Antaranya ambik sampel keli dan talapia, semai benih kangkung yang baru, extention gutter tanaman di kolam 2 dan akhir sekali memantau perkembangan sayuran..


Sampel keli diambil dari kolam 2 untuk melibat sejauhmana tumbesaran ikan ini. Secara kasar, ikan membesar dengan baik


Ikan talapia di kolam 1 juga menampakkan perkembangan yang baik. Minggu lepas saya tambahkan 4 saluran oksigen yang baru ke dalam kolam. Kesannya, ikan mula bermain-main di dasar kolam dan mula ada selera makan yang kuat.


Selain diberi makan pelet, ikan talapia juga turut diberi makan kangkung. Almaklumlah kangkung kan free..


Semaian benih kangkung sudahpun makin membesar selepas dua hari diperam dalam plastik hitam. Mungkin hari ketiga atau keempat akan dipindahkan ke gutter tanaman.


Gutter tanaman yang baru sudahpun diisi dengan kangkung


Bunga timun mulai jelas kelihatan. Tumbesaran batang timun berada dalam keadaan baik. Tiada semburan racun perosak digunakan tetapi daun pokok timun amat besar hasil dari sistem akuaponik (baja hasil aliran air kolam ikan)


Pokok petola sudahpun mula memanjat mengikut atur besi serbaguna. Dijangka dapat meneduhkan kolam ikan talapia


Pokok petola dan pokok timun


Sebahagian kangkung yang masih tinggal. Sebahagian lagi sudahpun diambil untuk kegunaan sendiri, diberi kepada jiran tetangga dan juga kawan satu pejabat... Kangkung free kepada semua penerima.


Pokok kuchai


Pokok kangkung dalam kolam 3


Pelebaran gutter tanaman di kolam 2. Saya extend gutter ini sebanyak 36 kaki untuk memberi ruang kepada lebih banyak tanaman dapat ditanam.


Hasil akhir gutter tanaman .... semuanya hasil tangan sendiri... DIY... peralatan seperti gutter dan besi serbaguna dibeli dari kedai perkakasan berhampiran rumah.

 

No comments:

Post a Comment