Total Pageviews

Friday, 22 April 2016

update 22 april 2016 --- projek aquaponics

As salam dan salam sejahtera

Di kali ini saya kongsikan perkembangan projek aquaponics saya.

Daun pokok petola begitu besar. Tiada sebarang baja tambahan atau semburan racun yang digunakan. Semuanya hasil dari 100% kitaran air dari kolam talapia.


Pandangan kolam 1





Timun semakin jelas kelihatan. Membesar dengan baik


Tanaman Kangkung di kolam 1. Peringkat permulaan saya isi dalam pasu, namun setelah ambik pengalaman dari fasa 1 kangkung, dua barisan kangkung telah ditanam secara terus dalam gutter growbed. Lani masih bereksperimen manakah lebih subur??? Dalam pasu atau terus tanam.


Kolam 2 dilakukan sedikit modifikasi. Dua tong merah ditambah sebagai filter tambahan sebelum air dialirkan ke gutter growbed. Memandangkan air kolam keli yang mudah kotor, saya ambik keputusan untuk menambah lagi filter, dengan harapan air akan bertambah bersih




Kolam 3 untuk ikan keli.





Semaian pokok lada. Sudah bercambah dan tunggu masa untuk dipindahkan ke dalam gutter growbed






Kawasan kosong yang masih belum diusahakan dengan projek aquaponics

Kawasan sekitar rumah yang masih belum diusik dengan projek aquaponics


Wednesday, 13 April 2016

Keli update 13 April 2016

As salam dan salam sejahtera,

Hari nie saya nak bercerita berkenaan ikan keli di kolam 2 dan keli di kolam 3.

Petang ini dengan masa yang terhad selepas balik kerja, saya sempat melakukan beberapa pengubahsuian terhadap kolam 3. Memandangkan kawasan sekitar kolam 3 tidak terdapat sebarang pokok besar yang membantu memberi teduhan kepada kolam 3, ianya memberi kesan besar terhadap suhu air dalam kolam ikan keli. Akibat dari air yang hangat dalam kolam, ianya telah menyebabkan hampir 20 ekor keli telah mati dalam tempoh 5 hari. Lantaran itu, petang tadi saya telah membuat bumbung sepenuhnya di kolam 3. Ia bagi mengelakkan pancaran matahari terus ke dasar kolam 3. Diharapkan mulai esok, suhu air akan kembali normal.

Di kolam 2 ikan keli tidak mengalami sebarang masalah memandangkan terdapat beberapa pokok besar yang dapat mengurangkan sinar pancaran matahari terus ke dasar kolam 2. Suhu air di kolam 2 adalah normal. Di sini, saya tunjukkan video ikan keli yang seronok bermain-main di air masuk ke kolam dari gutter tanaman.


Untuk melihat video yang lebih jelas, boleh klik link ini:      Keli kolam 2 update 13 april 2016




Tuesday, 12 April 2016

Kangkung Fasa 2

As salam dan salam sejahtera,

Hari ini, kesemua kangkung yang disemai dalam bekas kecil beberapa hari lalu telah dipindahkan ke gutter tanaman di kolam 1, kolam 2 dan kolam 3. Ini antara gambar-gambarnya.









Friday, 8 April 2016

update 9 April 2016

As salam dan salam sejahtera,

Di entry kali ini, saya kongsikan perkembangan projek akuaponik saya. Memandangkan hari ini cuti hujung minggu di Kedah (Jumaat dan Sabtu), saya mengambil peluang ini untuk menghabiskan masa dengan memeriksa perkembangan projek akuaponik saya... Antaranya ambik sampel keli dan talapia, semai benih kangkung yang baru, extention gutter tanaman di kolam 2 dan akhir sekali memantau perkembangan sayuran..


Sampel keli diambil dari kolam 2 untuk melibat sejauhmana tumbesaran ikan ini. Secara kasar, ikan membesar dengan baik


Ikan talapia di kolam 1 juga menampakkan perkembangan yang baik. Minggu lepas saya tambahkan 4 saluran oksigen yang baru ke dalam kolam. Kesannya, ikan mula bermain-main di dasar kolam dan mula ada selera makan yang kuat.


Selain diberi makan pelet, ikan talapia juga turut diberi makan kangkung. Almaklumlah kangkung kan free..


Semaian benih kangkung sudahpun makin membesar selepas dua hari diperam dalam plastik hitam. Mungkin hari ketiga atau keempat akan dipindahkan ke gutter tanaman.


Gutter tanaman yang baru sudahpun diisi dengan kangkung


Bunga timun mulai jelas kelihatan. Tumbesaran batang timun berada dalam keadaan baik. Tiada semburan racun perosak digunakan tetapi daun pokok timun amat besar hasil dari sistem akuaponik (baja hasil aliran air kolam ikan)


Pokok petola sudahpun mula memanjat mengikut atur besi serbaguna. Dijangka dapat meneduhkan kolam ikan talapia


Pokok petola dan pokok timun


Sebahagian kangkung yang masih tinggal. Sebahagian lagi sudahpun diambil untuk kegunaan sendiri, diberi kepada jiran tetangga dan juga kawan satu pejabat... Kangkung free kepada semua penerima.


Pokok kuchai


Pokok kangkung dalam kolam 3


Pelebaran gutter tanaman di kolam 2. Saya extend gutter ini sebanyak 36 kaki untuk memberi ruang kepada lebih banyak tanaman dapat ditanam.


Hasil akhir gutter tanaman .... semuanya hasil tangan sendiri... DIY... peralatan seperti gutter dan besi serbaguna dibeli dari kedai perkakasan berhampiran rumah.

 

Thursday, 7 April 2016

Ikan Keli

As salam dan salam sejahtera,

Kali ini saya kongsikan video ikan keli dalam kolam 2 akuaponik.

https://www.facebook.com/seribuaquaphonics/videos/217203205308604/


Talapia makan kangkung

As salam dan salam sejahtera,

Saya kongsikan video ikan talapia yang saya pelihara di kolam 1 makan kangkung


https://www.facebook.com/seribuaquaphonics/videos/214772812218310/

Kangkung fasa 1

As salam dan salam sejahtera,

Setelah berkerja keras menyiapkan kolam dan gutter growbed, akhirnya tanaman sayur sudah siap sedia untuk dimakan.

Untuk fasa permulaan, saya memilih tanaman kangkung, timun, kuchai dan semaian cili.

Kini, hanya kangkung yang sudah boleh dimakan.. Selain dimakan sendiri, kangkung juga diberikan secara percuma kepada jiran-jiran setaman serta beberapa orang rakan di pejabat..

Ini antara gambar yang sempat diambil menggunakan kamera Nikon D60.