Hari nie saya nak bercerita berkenaan ikan keli di kolam 2 dan keli di kolam 3.
Petang ini dengan masa yang terhad selepas balik kerja, saya sempat melakukan beberapa pengubahsuian terhadap kolam 3. Memandangkan kawasan sekitar kolam 3 tidak terdapat sebarang pokok besar yang membantu memberi teduhan kepada kolam 3, ianya memberi kesan besar terhadap suhu air dalam kolam ikan keli. Akibat dari air yang hangat dalam kolam, ianya telah menyebabkan hampir 20 ekor keli telah mati dalam tempoh 5 hari. Lantaran itu, petang tadi saya telah membuat bumbung sepenuhnya di kolam 3. Ia bagi mengelakkan pancaran matahari terus ke dasar kolam 3. Diharapkan mulai esok, suhu air akan kembali normal.
Di kolam 2 ikan keli tidak mengalami sebarang masalah memandangkan terdapat beberapa pokok besar yang dapat mengurangkan sinar pancaran matahari terus ke dasar kolam 2. Suhu air di kolam 2 adalah normal. Di sini, saya tunjukkan video ikan keli yang seronok bermain-main di air masuk ke kolam dari gutter tanaman.
No comments:
Post a Comment